Saturday, November 14, 2009

TAJUK
LAMAN BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SEPRI TENGAH

OBJEKTIF

Laman blog PSS SK Sepri Tengah ini dilahirkan dengan tujuan untuk:

Berkongsi pengalaman, pengetahuan dan perancangan di kalangan Guru Perpustakaan dan Media di seluruh Malaysia. Perkongsian secara maya ini akan membolehkan GPM bertukar pendapat secara on line atau off line
Menjadi bahan yang boleh digunakan di dalam proses P & P oleh guru-guru mata pelajaran


KUMPULAN SASARAN

Guru Perpustakaan dan Media Seluruh Malaysia
Guru-guru
Pelajar-pelajar sekolah menengah, rendah, kolej dan universiti
Guru-guru pelatih
Ibu bapa
Masyarakat umum

TAPAK LAMAN WEB YANG DIGUNAKAN

Tapak yang digunakan ialah blogspot. com. Tapak ini merupakan tapak percuma yang dibekalkan oleh google

KEPERLUAN PERKAKASAN

Platform : Windows XP/Linux
menggunakan pelungsur Mozila Fire Fox/ Internet Explores, Netscapes Navigator atau Safari
Resolusi terbaik 1280x 800 piksel/1024 x 768 piksel
Laman blog percuma – blogspot.com


LANGKAH PENGGUNAAN BERKESAN

1. Pengguna boleh melayari laman ini melalui url berikut:
- http://pssskstjelebu.blogspot.com/ @
- taipkan “pss sk sepri tengah” pada enjin carian google, yahoo atau
msn



Paparan berikut adalah paparan Laman Utama



Laman ini terbahagi kepada 3 bahagian. Pada bahagian sebelah kiri dipaparkan Menu Utama yang akan membawa pengguna ke link-link berkaitan

Manakala pada ruang sebelah kanan pengguna akan dibawa ke pelbagai widget maklumat semasa seperti waktu solat, masa dan lain-lain lagi

Pengguna boleh melawat beberapa laman tambahan menerusi Menu utama iaitu

Laman Utama
laman sekolah
Organisasi PSS
Identiti PSS
Lensa PSS
Album SKST
Ulasan Buku
Muat turun
Kenali Jelebu
Fakta Dari Internet Manual Pengguna

Laman Sekolah- pautan ini adalah untuk ke laman blog sekolah. Pengguna boleh ke laman Blog ini dengan menekan butang rangkaian Laman Web Sekolah


Organisasi PSS- menerangkan tentang peranan JK serta Organisasi PSS SK Sepri Tengan
Identiti PSS- Menerangkan tentang identiti PSS dari pelbagai sudut.
Bagi melihat foto, ulasan buku, muat turun bahan dan sebagainya klik pada pautan yang disediakan.
Selain dari pautan di Menu Utama, pengguna boleh juga menggunakan pautan di bahagian Pautan pendidikan Negeri, Kementerian dan lain-lain

FORUM

Pengguna boleh bertukar pendapat dengan menggunakan kemudahan forum on line yang disediakan. Sila masukkan nama dan mesej anda untuk menggunakan kemudahan ini
Pengguna forum tidak digalakkan menggunakan kemudahan ini untuk tujuan peribadi.

MUAT TURUN
Pengguna boleh mendapatkan pelbagai bentuk bahan pada ruangan ini. Pengguna hanya perlu ke pautan muat turun dan pilih bahan yang disediakan
Pengguna tidak aperlu mendaftar nama sebagai pengguna tetapi boleh menggunakan kemudahan ini dengan cepat dan mudah